KENALI SHAKLEE
Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti
kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan
masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang
tersendiri.
Dr
Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu
menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga
dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum
ianya dilaung-laungkan lagi.
Daripada
prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan
pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam
semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang
berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
Ianya
juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara begini.
Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di
seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk
memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang
mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri
mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan
dermawan seperti Shaklee Cares.
Kini,
generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee
Difference) dan menyertai komunitinya.
Kisah
Dr. Shaklee
Sr Dr
Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894
di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya
kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan
kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah
merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.
Dengan
menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan
yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee
dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan
dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara
kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee
"Thoughtsmanship."
Selepas
perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada
penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi
tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam
kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak
disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak
syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.
Bermula
dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan
pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan
falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.
Dr
Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk
pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975,
dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi
Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee
Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985
ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee
telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West,
Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of
Profiles.
Hari
ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan
keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak
kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia.
Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak
diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini
adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin
yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

No comments:
Post a Comment